Harapan
Adalah diharapkan MRSM
Jasin akan menjadi sebuah maktab yang terkemuka di dalam semua bidang
termasuk akademik, ko-kurikulum, sahsiah dan lain-lain.
Dengan mendapat kerjasama daripada semua pihak termasuk pelajar,
staf, guru-guru dan pihak pentadbiran MARA maktab ini boleh meningkatkan
mutu pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang terbaik.
Dengan menggunakan kaedah terkini termasuk IT akan dapat membantu guru-guru,
pelajar dan pihak pengurusan untuk berinteriksi dan mendapatkan banyak
maklumat melalui internet dari merata dunia.
Adalah diharapkan dalam masa terdekat ini semua guru-guru dapat membina
laman subjek masing-masing untuk capaian pelajar-pelajar mereka untuk bertukar
maklumat dan mendapatkan bahan pengajaran dan rujukan atau seumpamanya.
Dengan itu para pelajar dapat mencari ilmu bagi sesuatu subjek dengan lebih
mudah didalam dan diluar bilik darjah tidak kira masa dan dimana.
Wassalam.
Kembali
|